Thursday 29 March 2012

Selamat datang ke Blog Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Saya mengucapkan Selamat Datang ke Blog Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu kepada semua pengguna Jalur Lebar di seluruh dunia

Blog Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu merupakan salah satu wadah dan saluran penyebaran maklumat dan informasi bagi kakitangan Jabatan Penerangan kepada orang ramai tanpa mengira masa dan ketika. Ia selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan bagi sektor-sektor awamnya.

Di antara maklumat yang terdapat di laman web ini ialah program-program atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun oleh Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu, senarai perkhidmatan yang ditawarkan, maklumat tentang Komuniti Satu Malaysia (K1M) di bawah pengawasan Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu, penerbitan jabatan dan sebagainya.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari Blog Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu. Semoga anda mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap agar laman web ini menjadi sumber rujukan yang berguna serta memberi inspirasi kepada para pengunjung web ini.

Terima kasih kerana mengunjungi Blog kami.

 







Editor.

No comments:

Post a Comment